SET INDUKSI

0 comments

1.Guru memaparkan video animasi kepada murid




2. Guru bersoal jawab dengan murid.

Rancangan Pengajaran

0 comments
Bilangan pelajar  :  25 orang
Masa                   :  60 minit
Tunjang Utama    : Awal Matematik
Kelas                   : Pra sekolah
Tema                    : Sekolah Saya

Komponen
1. Bahasa
2. Estetika Kreativiti
3. Awal Matematik
4. Sosioemosi

Standard Kandungan
1.2  Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya.
2.3  Membina keyakinan untuk berkomunikasi.
7.1  Memahami nombor 1 hingga 10.

Standard Pembelajaran
1.2.3  Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar.
2.3.6  Berinteraksi dengan penuh yakin.
7.1.7  Membilang secara menaik 1 hingga 10.
7.1.8  Menulis nombor 1 hingga 10 mengikut cara yang betul.

Objektif
1. Murid dapat berinteraksi dengan penuh keyakinan.
2. Murid dapat menghasilkan karya dengan kreatif.
3. Murid dapat membilang dan menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul.

Bahan
Gambar nombor 1 hingga 10
Slide show
Video klip lagu
Video klip animasi
 Latihan interaktif
Permainan
Paparan menulis

Pengetahuan sedia ada
1.  Murid pernah melihat nombor 1 hingga 10.

Set Induksi (5 minit)
1. Guru menayangkan video animasi "Sepuluh Budak Hitam".
2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid secara individu dan beramai-ramai.
  a) Nombor apakah yang kamu lihat dalam video tadi?
  b) Apakah nombor-nombor yang disebut?
3. Guru memberitahu murid-murid yang hari ini kita akan belajar nombor 1 hingga 10.

Aktiviti 1 ( 10   minit)
1. Guru menunjukkan gambar dan bilangan 1 hingga10 kepada murid  melalui paparan pada blog.
2. Guru menunjukkan nombor 1 hingga 10 kepada murid melalui paparan pada blog.
3. Guru meminta murid menyebut nombor mengikut paparan pada blog.

Aktiviti 2 ( 10  minit )
1. Guru menunjukkan nombor 1 hingga 10 dalam power point pada paparan blog.
2. Guru bersoal jawab dengan murid secara individu dan beramai-ramai.
  a) Apakah nombor yang kamu lihat?
  b) Siapakah yang dapat menjawab?
  c) Mari kita tulis nombor 1 hingga 10 di atas angin dengan menggunakan jari.
3. Guru memaparkan semula power point dan meminta murid menyebutnya.

Aktiviti 3 ( 15 minit )
1. Guru menunjukkan satu paparan pada blog.
2. Guru menunjukkan cara menulis nombor 1 hingga 10 pada paparan blog.
3. Guru meminta murid menulis nombor 1 hingga 10 dan menghias mengikut kreativiti masing-masing pada paparan blog.
4. Guru memberikan penghargaan kepada murid yang dapat menyiapkan dengan betul, cepat dan mempunyai kreativiti.

Akitiviti 4 ( 15 minit )
1. Guru menunjukkan satu latihan interaktif pada paparan blog
2. Guru menerangkan cara membuat latihan
3. Murid dikehendaki menjawab soalan latihan.

Aktiviti Tambahan
1. Untuk murid yang sudah selesai membuat aktiviti 4.

Penutup ( 5 minit )
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pelajaran yang dipelajari.
  a) Gambar apakah yang kamu lihat tadi?
  b) Berapakah bilangan yang ada?
  c) Siapakah yang dapat mengira 1 hingga 10?
  d) Apakah perasaan kamu?
  e) Esok nak belajar lagi tak?
2. Guru memperdengarkan lagu 'Sepuluh Budak Hitam'
3. Guru dan murid menyanyi bersama-sama.

Pengenalan

0 comments
Assalammualaikum...

Semoga apa yang akan dipaparkan di sini boleh dijadikan panduan dan rujukan..
Terima kasih..